Perkara kedua, terangkan kepada mereka bahawa Islam adalah satu agama yang sempurna. (5:3) "Pada hari ini, Aku telah sempurnakanbagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi Agama untuk kamu." Islam sebenarnya telah sempurna sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W lagi, namum, kita tidak boleh menolak terus tunjuk ajar daripada keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Ini akan diterangkan kemudian.
Perkara ketiga, terangkan bahawa ajaran-ajaran dan kepercayaan kita mempunyai banyak sumber rujukan, di dalam Al-Quran dan Sunnah, supaya tiada keraguan bagi mereka bahawa Islam adalah agama yang telah sempurna. Ajaran Islam bukan satu ajaran yang direka-reka dan ajaran Islam tidak pernah menyembunyikan apa-apa ajaran yang telah disampaikan. Kita perlu mengelakkan diri daripada mereka yang suka menyembunyikan sesuatu dalam ajaran agama dan mereka yang selalu melarikan diri daripada berdebat atau berdialog.
Perkara keempat, kita perlu menjelaskanbahawa sumber rujukan kita adalah daripada Al-Quran dan Sunnah. Terangkan kepada mereka bahawa agama in terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah syahadah, aqidah, hukum-hakam dan perkara-perkara yang wajib dipatuhi. Kita tidak boleh berbalah mengenai solat lima waktu, kewajipan membayar zakat dan perbalahan idealogi. Firman Allah : (42:13) "apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)". Dan : (7:203) "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan yang membuka hati dari Tuhan kamu."
Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun tidak mengetahui bagaimana cara untuk melaksanakan (manasik) ibadah haji pada mulanya, seperti firman Allah S.W.T : (93:7) "Dan didapatinya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu-wahyu)?". Dan (2:218) " dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami,..".
Akhir sekali, terangkan kepada mereka bahawa tiada siapa yang dapat melindunginya daripada api neraka dengan kehendak Allah melainkan diri mereka sendiri yang dapat melindunginya dari api neraka. Dan di dalam Islam, kita mesti menunjukkan bahawa tiada unsur-unsur dendam, kebencian atau membalas dendam. Firman Allah S.W.T : (6:164) "dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain." Sesiapa yang membunuh Hussain R.A atau Umar R.A akan didakwa dihadapan Allah S.W.T, namun anak-anak dan keturunannya tidak akan disabitkan kerana mereka tidak terbabit dengan perkara itu.
Setelah menerangkan perkara ini kepada orang bukan Islam, maka mereka akan memikirkan kebenaran Islam dan mereka telah bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri untuk menerima Islam atau tidak dan ini semual adalah dengan izin Allah S.W.T untuk memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.
Wednesday, 13 July 2011
Tanggungjawab Menerangkan Islam Kepada Orang Bukan Islam (Bahagian: 1)
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Hal ini terbahagi kepada dua. Pertama, memberi gambaran yang jelas tentang Islam, dan kedua, tanggungjawab terhadap Islam apabila menjadi seseorang Muslim. Perkara pertama ialah menerangkan tentang dasar Islam. Tiada siapa yang dapat mendirikan banggunan atau apa sahaja binaan tanpa dasar dan asas. Besar dan tinggi struktur binaan itu bergantung kepada kekuatan dasarnya. (9:109) "Maka adakah orang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di tepi jurang yang (hampir) runtuh". Maka kita perlu menerangkan apa itu Islam sebelum menerangkan Iman.
Kita perlu membebaskan minda mereka supaya mereka dapat memahami Islam dengan terang dan nyata. Sesiapa pun yang akan bertanya tentang Islam, kita perlu merangkan kepada mereka agar tidak menerima apa jua perkara daripada agama tanpa sebarang dalil. Perkara ini perlu dibentangkan sebelum kita memberitahu tentang solat, puasa dan amalan-amalan yang lain. Bagaimana mereka hendak menerima sesuatu amalan sedangkan mereka tidak tahu sumber dan bukti ajaran tersebut. Terdapat beberapa peraturan untuk perkara ini. Peraturan pertama ialah, Islam terbina berlandaskan dalil dan bukti. Seperti ilmu duniawi lain yang memerlukan tujuan, eksperimen, radas, hipotesis, radas, prosedur, keputusan pembuktian dan kesimpulan. Peraturan kedua, kita tidak boleh menyembah Allah S.W.T dengan tanpa usul periksa dan mengambil ajaran dari sesiapa sahaja kerana Islam itu tertegak dengan dalil dan bukan dengan amalan turun-temurun ataupun amalan warisan.
Perkara ini dibuktikan di dalam Hadith Sahih tentang Dhimam. Dhimam ialah seseorang yang hanya menerima sesuatu perkara dengan berlandaskan dalil dan hanya menerima dalil daripada Rasulullah S.A.W di zaman baginda. Para sahabat memberitahu Dhimam bahawasanya "Allah S.W.T adalah pencipta langit dan bumi, gunung dan sungai. Dhimam mengetahui bahawa Nabi Muhammad S.A.W di dalam riwayatnya tidak pernah berbohong, namum dia tetap meminta baginda bersumpah oleh kerana agama adalah satu perkara yang amat serius. Akhirnya, dengan dalil-dalil yang disampaikan, Dhimam menerima Islam dan meninggalkan agama lamanya kerana dalil-dalil di pihak Islam lebih kuat dan terbukti kebenarannya. Jika seseorang meminta anda mengikutinya tanpa sebarang dalil dan mendakwa dia adalah dipihak yang benar, katakan kepadanya tiada apa yang dapat membantuku di hadapan Allah S.W.T melainkan perkara yang berdalil kerana Allah S.W.T berfirman : (27:64) Katakanlah (Wahai Muhammad) "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika kamu orang-orang yang benar." Islam adalah agama yang berlandaskan ilmu dan dalil. Islam bukan agama yang berlandaskan ilusi, perkara karut-marut, lagenda, khayalan, amalan warisan dan mistik.

Subscribe to:
Posts (Atom)