Wednesday, 13 July 2011

Tanggungjawab Menerangkan Islam Kepada Orang Bukan Islam (Bahagian: 2)

Perkara kedua, terangkan kepada mereka bahawa Islam adalah satu agama yang sempurna. (5:3) "Pada hari ini, Aku telah sempurnakanbagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi Agama untuk kamu." Islam sebenarnya telah sempurna sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W lagi, namum, kita tidak boleh menolak terus tunjuk ajar daripada keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Ini akan diterangkan kemudian.

Perkara ketiga, terangkan bahawa ajaran-ajaran dan kepercayaan kita mempunyai banyak sumber rujukan, di dalam Al-Quran dan Sunnah, supaya tiada keraguan bagi mereka bahawa Islam adalah agama yang telah sempurna. Ajaran Islam bukan satu ajaran yang direka-reka dan ajaran Islam tidak pernah menyembunyikan apa-apa ajaran yang telah disampaikan. Kita perlu mengelakkan diri daripada mereka yang suka menyembunyikan sesuatu dalam ajaran agama dan mereka yang selalu melarikan diri daripada berdebat atau berdialog.

Perkara keempat, kita perlu menjelaskanbahawa sumber rujukan kita adalah daripada Al-Quran dan Sunnah. Terangkan kepada mereka bahawa agama in terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah syahadah, aqidah, hukum-hakam dan perkara-perkara yang wajib dipatuhi. Kita tidak boleh berbalah mengenai solat lima waktu, kewajipan membayar zakat dan perbalahan idealogi. Firman Allah : (42:13) "apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)". Dan : (7:203) "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan yang membuka hati dari Tuhan kamu."


Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun tidak mengetahui bagaimana cara untuk melaksanakan (manasik) ibadah haji pada mulanya, seperti firman Allah S.W.T : (93:7) "Dan didapatinya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu-wahyu)?". Dan (2:218) " dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami,..". 


Akhir sekali, terangkan kepada mereka bahawa tiada siapa yang dapat melindunginya daripada api neraka dengan kehendak Allah melainkan diri mereka sendiri yang dapat melindunginya dari api neraka. Dan di dalam Islam, kita mesti menunjukkan bahawa tiada unsur-unsur dendam, kebencian atau membalas dendam. Firman Allah S.W.T : (6:164) "dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain." Sesiapa yang membunuh Hussain R.A atau Umar R.A akan didakwa dihadapan Allah S.W.T, namun anak-anak dan keturunannya tidak akan disabitkan kerana mereka tidak terbabit dengan perkara itu.

Setelah menerangkan perkara ini kepada orang bukan Islam, maka mereka akan memikirkan kebenaran Islam dan mereka telah bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri untuk menerima Islam atau tidak dan ini semual adalah dengan izin Allah S.W.T untuk memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment